Monday, September 07, 2015

Bluetooth - Teknologi Yang Ketinggalan Tapi Masih Berguna


Teknologi berkongsi maklumat antara gajet mudahalih sentiasa di kemaskini. Dari infrared ke Bluetooth ke yang berasaskan web. 

Infrared dan bluetooth dicipta untuk membolehkan gajet-gajet mudahalih berkongsi data antara satu sama lain dengan mudah. Atas sebab itu boleh dikatakan semua gajet mudahalih ada operasi bluetooth yang mengantikan infra red yang terpaksa menalakan dua gajet agar selari. Bluetooth boleh digunakan dengan cara lebih fleksibel walaupun tidak antara dua gajet tidak kelihatan. Ia adalah bentuk perkongsian wireless menggunakan glombang radio jarak dekat. 

Saya terpanggil untuk menulis posting ini setelah mengetahu tentang satu aplikasi Android yang disebarkan semasa BERSIH4 tempoh hari sebagai persediaan jika akses internet secara WiFi disekat.

Teknologi bluetooth mengikut Wikipedia ialah 

.......a wireless technology standard for exchanging data over short distances (using short-wavelength UHF radio waves in the ISM band from 2.4 to 2.485 GHz) from fised and mobile devices, and building personal area networks (PANs). invented by telecom venwor Ericsson in 1994, it was originally conceived as a wireless alternative to RS-232 data cables. it can connect several devices overcoming problems of synchronization. 

Oleh itu teknologi bluetooth adalah satu standard sambungan tanpa wayar global yang membolehkan beberapa peranti mudahalih berkomunikasi antara satu sama lain secara mudah dan selamat. Penciptaannya adalah untuk mengatasi masalah yang dihadapi oleh teknologi infrared. 

Walaupun bluetooth adalah teknologi tanya wayar yang mengunakan frekuensi radio, ia mempunyai limitasi jika dibandingkan dengan radio dan televisyen yang menggunakan frekuensi yang sama. Radio dan televisyen mampu mencapai jarak yang lebih jauh dengan bantuan transmitter sementara bluetooth hanya untuk sambungan pada jarak yang pendek khususnya jika tidak ada akses internet atau WiFi.

Bluetooth dan WiFi menggunakan standard yang sama iaitu IEEE 801.11 dan berfungsi untuk menyediakan jaringan (network) serta memindah fail. Walaupun kedua-dua teknologi ini berfungsi atas satu standard tetapi peranan dan caranya berbeza. Kedua-duanya adalah untuk mengujudkan LAN (Local Area Network) tanpa wayar dan memansuhkan penggunaan kabel yang menyemakkan. 

Perbezaan cara WiFi dan bluetooth berfungsi ialah dengan WiFi semua data perlu melalui titik akses yang sama sementara bluetooth berfungsi secara simetrikal dengan menyambungkan antara alat dan alat. 

Teknologi bluetooth mempunyi Kelas operasinya iaitu

Kelas 1 - Jarak berkesan sehingga 100 meter (biasanya 20-30 meter sahaja)
Kelas II - Jarak berkesan sehingga 30 meter (biasanya 5-10 meter sahaja)

Namun demikian ada faktor lain yang mempengaruhi keberkesanan penggunaan bluetooth seperti tekanan udara, keadaan geografikal dan persekitaran perbandaran.

Dari segi kemampuan memindah data bluetooth yang menggunakan standard 1.0 mempunyai kemampuan maksima selaju 1 Mbps sementara bluetooth 2.0 3 Mbps. 

Teknologi ini boleh digunakan dalam persekitaran sukan untuk memindahkan data sekiranya lokasi tidak mempunyai sambungan internet atau WiFi. 

Dalam Google play juga ada satu aplikasi laman sembang yang boleh dimuat turun untuk mengambilalih Whatsapps, Wechat, Line, Telegram dan sebagainya ketika tidak ada akses internet. 

Walaupun ianya laman sembang sosial, tetapi kebijaksanaan pengguna boleh mengadaptasikannya untuk tujuan berurusan resmi. 

Wednesday, May 20, 2015

Sukan SEA 2015 Dan Media Sosial

Sukan SEA 2015 Edisi ke 28 akan berlangsung di Singapura mulai 5 hingga 16 Jun 2015. Segala persiapan dilakukan oleh tuan rumah yang bukan semata-mata persiapan venue dan atlet tetapi juga komponen-komponen lain.

Salah satu komponen yang tidak boleh diabaikan dalam sukan modern ialah penggunaan teknologi dan dalam posting ini saya akan bincangkan hanya mengenai teknologi komunikasi yang menggunakan kemudahan media sosial.

Facebook Sea Games Edisi ke 28 boleh dilayari DI SINI.

Satu lagi media sosial yang disediakan oleh hos ialah Tweeter. Anda boleh follow di sini @seagames2015

Di samping itu pengguna telefon mudahalih Android juga boleh install apps untuk Sea Games 2015 ini. Semasa membuat pencarian untuk tulis posting ini saya menjumpai tiga aps berkaitan, dua daripadanya percuma sementara satu lagi apps dijual pada harga RM3.60. Anda boleh searc menggunakan katakunci seagames2015.
Apps di bawah adalah merupakan  apps untuk menonton siaran TV secara langsung.



 Satu lagi apps yang boleh pengguna Android install ialah seperti di bawah



Sejauh manakah media sosial dapat membantu peminat sukan mengikuti perkembangan Sukan SEA di Singapura nanti hanya dapat dirasai apabila sukan itu bermula. Apa pun temasya sukan besar yang lalu telah banyak membantu peminat sukan untuk mengikuti perkembangan sukan berkenaan secara real time. 

Penggunaan media sosial bermula di Sukan Asia Beijing pada tahun 2008. Sejak itu boleh dikatakan setiap temasya sukan besar menggunakannya sebagai salah satu media untuk berkomunikasi dan menyebarkan maklumat kepada orang ramai. 

Friday, April 17, 2015

5G WiFi Sudah Sampai?

 Satu runtungan yang sering kedengaran di kalangan pengguna internet ialah speed yang lembab. Lebih lembab lagi jika digunakan pada hari cuti kerana lebih ramai pengguna mempunyai masa untuk melayari internet.

Masalah kelembapan speed sememangnya tidak dapat dikawal oleh pengguna kerana ia bergantung kepada insfrastuktur dan kemampuan pengendali perkhidmatan penyedia wireless itu sendiri. Pengguna hanya mampu merungut.

Namun kemajuan dan perkembangan teknologi tidak pernah berhenti. Ia meningkat dengan begitu pesat hingga ramai pula pengguna tidak mampu untuk mengejarnya. Standard penyambungan internet seperti IEEE 802.11ac kini sudah melangkah ke hadapan untuk membolehkan pengguna mengalami sambungan internet yang lebih laju. Selama ini pengguna menggunakan standard 802.11a, 802.11b/g/n. 

Standard IEEE 802.11ac mula dilancarkan pada bulan Januari 2014 dan dijangka penggunaannya akan meningkat dengan lebih pesat kini.


“2015 will be the year for IEEE802.11ac and we foresee more organisations migrating to it because it provides greater capacity, bandwidth and speed,” kata Maureen Wee, Pengurus Jualan Malaysia Syarikat Ruckus Wireless.

IEEE 802.11ac dikenali sebagai S\WiFi 5G dengan kemampuan kadar muatan data 7Gbps dan tiga kali lebih laju dari Standard Wi Fi sebelum ini. Ia juga adalah 6 kali efisyen dari Standard sebelum ini yang juga boleh mengurangkan kesesakan pada jaringan. Disamping itu ia membolehkan lebih ramai pengguna pada masa serentak disamping membolehkan offload trafik data yang lebih tinggi.

Capaian internet yang lebih pantas akan menguntungkan pengguna khususnya untuk streaming kandungan multimedia seperti menonton video, musik atau muat turun sesuatu dari laman web kerana menjimatkan masa dan kelancaran program berkenaan.

Standard baru ini juga dapat mengurangkan penggunaan akses point untuk membolehkan pautan serentak berbeza daripada standard terdahulu.

Malaysia sebagai sebuah negara yang semakin maju dan sedang menuju negara maju 2020, pastinya perlu meningkatkan juga sistem komunikasi internet agar seimbang dengan negara-negara lain dalam Asean.

Baca lagi DI SINI.


Thursday, December 18, 2014

Whatsapps Bakal Beroperasi Di Skrin PC


Antara banyak aplikasi komunikasi mobile yang paling popular ialah Whatsapps. Ia berjaya menjadi aplikasi pilihan ramai pengguna smartphone sebagai aplikasi utama untuk berkomunikasi berbanding SMS. Ia juga mengatasi aplikasi lai seperti WeChat, Line, Viber dan beberapa aplikasi komunikasi lain.

Baru-baru ini sebuah blog Androidworld.nl melaporkan besar kemungkinan Whatsapps akan boleh digunakan di PC dan jika ia berlaku, maka Whatsapps akan melangkah lebih jauh meninggalkan saingannya. Adalah didapati aplikasi versi PC ini kompatibel dengan Chrome sama ada menggunakan platform Windows atau Mac.

Sekiranya ia menjadi kenyataan maka Whatsapps akan bersaing dengan Google Hangouts dan juga iMessage pada platform Apple.

Menggunakan aplikasi ini pada PC sudah pasti memudahkan pengguna kerana tidak perlu lagi menyemak smartphone masng-masing jika ada mesej yang sampai jika ia boleh memberi isyarat pada skrin komputer.

The Star Tech juga telah melaporkan tentang perkara ini.

Wednesday, September 03, 2014

Bagaimana Menggunakan Whatsapps


Whatsapps adalah merupakan aplikasi komunikasi mobile yang popular. Selepas facebook yang sering disebut jika hendak berhubung atau mencari maklumat, whatsapps pula sebagai alterbatif kepada SMS. Jika dulu seseorang menyebut , "Kau SMS aku," sekarang lebih selesa berkata, "kau whatssapps aku"

Aplikasi ini sama juga seperti lain-lain aplikasi gajet mudahalih, memerlukan sedikit pengetahuan teknikal untuk menggunakan. Ia tidak semudah siapa-siapa pun boleh guna. Walaupun saya telah lama menggunakan aplikasi whatsapps, tetapi saya tidak pernah add sesiapa sebaliknya saya yang kena add oleh rakan-rakan. Jadi saya tidak mahir bagaimana hendak add seseorang. Atas sebab itu saya menghasilkan posting ini bukan sekadar sebagai rujukan untuk saya tetapi sebagai panduan kepada pengguna yang lain juga.

Langkah pertama ialah semestinya anda perlu download dan install whatssapps dalam gajet anda. Ia boleh di muat turun sama ada Play Store untuk Android atau iStore untuk iOS. Aplikasi ini juga boleh digunakan pada Windows Mobile, Blackberry dan juga Symbian.

Selepas selesai install, anda hendaklah buat sedikit setting dengan membenarkan whatsapps mengakses senarai contact anda serta menghantar push notification.
Anda juga mesti masukkan no telefon semasa setting > Profile (masukkan nama dan gambar) >  Account (masukkan no telefon). Anda boleh tukar nombor telefon pada Akaun > Privacy > Change number. Dalam Privacy ini juga anda boleh delete akaun whatsapps anda. Di sini juga anda boleh semak penggunaan whatsapps. 

Pengguna juga boleh membuat chat setting seperti menukar wallpaper atau memadam chat anda di Chat Settings 

Untuk membolehkan seseorang pengguna whatsapps berbual (chat) kedua-dua pihak mesti ada aplikasi whatsapps dalam phone mereka. 

Cara-cara untuk menambahkan rakan. Untuk tujuan itu nama rakan anda itu hendaklah didaftarkan dahulu dalam senarai contact anda. Perlu ambil kira bahawa whatsapps tidak akan menyenaraikan contact anda jika ianya bermula dengan angka 0. Oleh itu anda hendaklah memasukkan nombor contact anda sebagai +60 iaitu nombor code antarabangsa bagi nombor-nombor di Malaysia. 

Setelah anda memasukkan nombor telefon rakan anda, buka whatsapps dan refresh. Jika rakan anda itu tidak disenaraikan mungkin dia belum install whatsapps di dalam gajetnya. 

Pengguna whatsapps juga boleh menjadi ahli mana-mana group atau mengujudkan group sendiri dan kemudiannya invite rakan untuk sembang dalam group tersebut. Whatsapps mengehadkan sehingga 50 orang sahaja dalam sesebuah group. 

Jika anda hendak mengujudkan group, ikuti langkah-langkah berikut:

1. Buka whatsapps
2. Tekan menu button dan pilih New Group
3. Namakan group anda dan muat naik ikon untuk group
4. Taipkan nama contact untuk dimasukkan ke dalam group (maksima 50 orang sahaja)
5. Selepas selesai tekan "Create"


 

Thursday, July 24, 2014

Berapakah Saiz Internet?

Internet bermula dengan Arpanet yang hanya empat komputer bersambung untuk berinteraksi satu sama lain dan kemudian terus berkembang apabila ia disambungkan pula dengan komputer di National Science Foundation. Selepas itu penemuan baru ini tidak menoleh ke belakang lagi walaupun NSF kemudiannya menarik diri dan berfungsi dengan peranan asalnya iaitu sebagai pusat penyelidikan sahaja.

Hari ini internet bagikan satu keperluan dalam kehidupan manusia sehari-hari. Buktinya ialah apabila tanpa internet ramai orang merasakan dunia ini menjadi gelap. Ini kerana semakin ramai urusan seharian sudah mula bergantung kepada internet. Perniagaan, pejabat, urusan perbankan, urusan kerajaan, dunia pendidikan dan sebagainya semakin bergantung kepada internet untuk berfungsi.

Di bidang komunikasi pula interaksi sosial antara individu atau kumpulan juga semakin bergantung pada internet. Telefon yang pada asalnya dicipta untuk berkomunikasi antara sesama manusia, hari ini sudah melangkah lebih jauh dengan berkeupayaan memindahkan imej dan data. Telefon yang paling asas pun sudah boleh digunakan untuk mengakses internet.

Namun demikian, berapa besarkah internet? Sebuah artikal yang disiarkan dalam Website Magazine, sebuah laman dalam talian merujuk bahawa Indek yang dibuat oleh Google pada tahun 2014 ialah sebanyak 200 Terabyte (TB) data. 1 TB adalah bersamaan dengan 1024 Gb. Namun apa yang dianggarkan oleh Google itu hanyalah 0.004 % sahaja daripada keseluruhan internet. Satu lagi anggaran untuk membuat perbandingkan ialah satu hari kandungan video yang dimuatnaik ke YouTube memakan masa selama 16 tahun. Cuba bayangkan banyak mana. Itu satu hari sahaja.

Perkembangan dan kemajuan media sosial yang menjadi trend mendapat info kini menambahkan lagi kandungan yang dimuatmaik ke internet. Ini kerana media sosial hanyalah sebuah platform yang kosong. Pengguna yang menambahkan kontent ke dalamnya setiap saat. Bayangkan terdapat kira-kira 7 billion manusia menggunakan internet secara aktif setiap hari.

Menurut infografik artikal dalam Website Magazine itu lagi agihan yang dianggarkan pengguna internet di dunia ialah seperti berikut:
Amerika Utara     78.6%
Amerika Selatan 42.9%
Eropah                 63.2%
Afrika                   15.6%
Asia                      27.5%
Australia              67.6%

 Daripada peratusan ini apakah sebenarnya dilakukan oleh pengguna internet?

5.8% menggunakan untuk membeli-belah. Di Amerika sahaja sebanyak USD 717.802.219 dibelanjakan untuk membeli-belah dalam talian setiap hari.

Selain membeli-belah, pengguna internet juga menjalankan aktiviti memuat turun kandungan melalui tiga platform utama yang terbahagi kepada :

Android  83 juta
iOS 50 juta
Windows 4 juta.

Email adalah merupakan salah satu aktiviti terawal yang membuatkan pengguna mula melibatkan diri dengan internet. Mengikut kajian tersebut 144.8 billion email dihantar setiap hari, 89 billion untuk urusan perniagaan dan 55.8 billion untuk peribadi.

Dunia blogging juga semakin berkembang dan semakin ramai pengguna internet mula membina blog untuk berbagai tujuan dan niche. Kajian itu menunjukkan 2.73 post dibuat setiap hari atau 1,896 post setiap minit.

Salah satu media sosial yang terawal ialah Twitter dan dengan hanya menggunakan maksimum 140 aksara, sebanyak 500 juta tweet dihantar setiap hari dengan 100 juta pengguna menggunakannya setiap hari. Facebook pula yang merupakan satu lagi laman sosial yang paling popular di dunia hari ini mendapati seramai 757 juta pengguna login setiap hari dengan pengguna seramai 1.23 billion setiap bulan.

Internet adalah perpustakaan maya yang tidak dapat ditandingi oleh perpustakaan-perpustakaan yang ujud di merata tempat. Sebagai perpustakaan maya, ia memberikan perkhidmatan kepada pengguna internet untuk mencari dan mandapatkan apa-apa sahaja maklumat. Google, enjin carian no 1 dunia mencatat purata 5.92 billion carian setiap hari.

Laman kongsi video paling popular di dunia iaitu YouTube pula mencatatkan satu kejutan. Adalah dianggarkan, jika seseorang ingin menonton semua video yang dimuat naik dalam sehari, dia akan mengambil masa 16 tahun untuk menghabiskannya. Bayangkan betapa besar kandungan video yang dimuatnaik ke laman itu.

Untuk melihat infografik dan sumber rujukan statistik dan apa yang dipaparkan klik pada WEBSITE MAGAZINE