Tuesday, October 25, 2016

Live Streaming Melalui Facebook

Satu perkhidmatan baru yang diperkenalkan oleh Facebook ialah "Live Streaming" di mana pengguna boleh menyiarkan aktivitinya secara langsung melalui laman Facebook. 

Facebook Live membolehkan sesiapa sahaja yang ada akaun Facebook atau Facebook Page untuk menyiarkan Live Streamnya untuk ditonton oleh sesiapa yang ada akses ke profile atau page anda, seperti friends dan followers Aplikasi Facebook Live ini terdapat pada platform iOS dan juga Android serta Facebook Mentions.

Setiap kali "ON AIR" durasinya ialah selama 90 minit.

BAGAIMANA MELAKUKANNYA? 


1. Login ke Facebook 

2. Tap ruang "What's on your mind?" dan tep pada ikon Live video, ditunjukkan oleh anak panah pada screen capture di bawah.



Anda akan di bawa ke paparan seperti di bawah



3. Kemudian anda tekan ikon video Go Live dan ia akan aktifkan kamera phone anda. Di sini anda boleh pilih sama ada hendak guna kamera kedua untuk rakam diri sendiri atau kamera utama untuk rakam aktiviti anda.  

4 Sebelum anda "On Air" Masukkan dahulu Tittle Video anda pada "Describe your live video

5. Tekan GO LIVE dan mulakan rakaman secara live. 
Apabila anda sudah "ON AIR" akan dipaparkan ikon merah dengan perkataan "LIVE" pada bahagian sudut atas sebelah kiri screen video bersama dengan jumlah penonton semasa. 


6. Setelah selesai tekan FINISH di bawahnya.

Video anda akan dipublish pada profile atau page anda untuk ditonton oleh sesiapa yang ketinggalan menonton secara live. Seperti post-post yang lain, anda boleh delete video tersebut pada bila-bila masa.   

7. Pilihan seterusnya ialah anda boleh save to gallery jika sebagai koleksi dan POST. 

Maklumat lanjut mengenai Facebook Live ini sila layari LINK berikut

Sekiranya Kelab Sukan atau organisasi anda mempunyai Facebook Page anda boleh layari LAMAN BERIKUT untuk tujuan Live Stream aktivit anda. 

Sebagai percubaan ini TEST LINK yang saya buat utuk membantu menulis posting ini. 


Selain kemudahan asas yag disediakan dalam aplikasi Facebook, terdapat juga third party (berbayar) yang menyediakan kemudahan Live Streaming. Saya kongsikan video You Tube di bawah sebagai contoh.  





Anda boleh baca di LINK ini untuk mendapatkan informasi lanjut 



No comments: